Bulan mulia buat semua umat Islam seluruh dunia. Disambut hanya sekali setahun, namun pada tahun ini 2020 perbezaanya dengan tahun yang lain pasti ketara. Virus Covid-19 yang menyerang dunia pada penghujung tahun lepas masih belum pulih sepenuhnya.
Bezanya Ramadan tahun ini tiada solat tarawih, tiada bazar ramadan, tiada berbuka puasa di hotel; hilang sudah kemeriahannya. Namun perlu diingat ini hanyalah sementara, demi keselamatan dan kesihatan semua kita harus berkorban. Pasti ada hikmahnya.
Masa yang terluang begitu banyak, jangan bazirkan dengan hiburan di TV atau media sosial. Bacalah Al-Quran yang sudah begitu lama tak disentuh, sudah lama tak dibaca.
Ramadan kali ini bakal mengajar kita erti sekadar kenyang, sekadar cukup dan berjimat-cermat. Sesungguhnya kali ini kita akan kenal erti sebenar Ramadan. Bukan hanya setakat berpuasa selama sebulan, kita akan sedar kita tak perlu banyak pon untuk rasa bahagia. Itulah Islam sebenarnya, sederhana. Sungguh Ramadan yang dinanti kali ini akan banyak mengajar kita. Pastinya untuk yang sudi melihat hikmah disebalik bencana ini.