Tawaduk adalah satu sifat dimana kita tidak melihat diri kita memiliki nilai lebih dibandingkan dengan hamba Allah SWT yang lainnya. Orang yang mempunyai sifat rendah hati adalah orang yang menyedari bahawa semua nikmat yang diperolehi atau kelebihan yang dimiliki datangnya dari Allah. Tidak pernah terdetik dalam hatinya kesombongan atau merasa lebih baik berbanding orang lain apatah lagi merasa bangga dengan potensi mahupun prestasi yang telah dicapai dalam hidupnya. Mereka tetap merendah diri, selalu menjaga hati dan perasaan orang lain. Menjaga niat dan perbuatan baiknya dari segala sesuatu melainkan Allah SWT.
Rasullulah SAW adalah seorang yang sangat rendah hati, lemah lembut, dermawan yang luar biasa, indah perilakunya serta berseri-seri wajahnya; murah senyuman kepada siapa sahaja, sangat tawaduk, tidak berlebih-lebihan, mudah kasihan hatinya serta sangat penyayang kepada semua orang, khususnya kaum muslimin.
Jom baiki diri