SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

SEMARAKKAN RAMADHAN DENGAN AMALAN KEBAIKAN

Daripada Ibn Abbas RA berkata: “Bahawa Rasulullah SAW merupakan orang yang paling pemurah melakukan pelbagai kebaikan. Kemurahan Baginda SAW akan bertambah menjelangnya bulan Ramadhan ketika malaikat Jibril AS menemui Baginda SAW. Jibril AS akan datang menemui Baginda SAW pada setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu Jibril AS mengajarkan al-Qur’an kepada Baginda SAW. Sesungguhnya Baginda SAW bersifat pemurah dengan bersegera melakukan kebaikan umpama angin yang bertiup kencang.”

(Muttafaqun ‘Alayh, riwayat al-Bukhari, no. 6, 1906, 3220, 3554, 4997, Muslim, no: 2308)

Ramadhan adalah kesempatan yang amat berharga untuk menggandakan amalan kebaikan kerana salah satu hakikat ibadah puasa ialah sifatnya yang peribadi dan merupakan rahsia antara seorang hamba dengan Pencipta-Nya. Segala kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan bukanlah bermakna bahawa seseorang itu hanya perlu menumpukan ibadahnya pada bulan Ramadhan sahaja dengan tidak beramal pada bulan yang lain, tetapi hendaklah dijadikan sebagai satu perangsang dan momentum memulakan satu titik perubahan ke arah yang lebih baik.

quran

Antara amalan kebaikan yang selalu dilakukan oleh Nabi SAW pada bulan Ramadhan adalah bertadarus al-Qur’an. Al-Qur’an adalah Kalamullah yang diturunkan oleh Allah SWT dan mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW, yang akan diberikan pahala apabila membacanya. Setiap Muslim dituntut membaca al-Qur’an pada setiap hari, terutamanya pada bulan Ramadhan yang mulia ini kerana dengan bertadabbur makna dan isi al-Qur’an akan meningkatkan keimanan dan kekayaan hati ke arah kebaikan. Bahkan demi kebesaran dan kemuliaan Ramadhan, maka Allah SWT menurunkan al-Qur’an pada bulan tersebut. 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published