SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

JANGAN BERIBADAH KERANA KEPENTINGAN DIRI

Ibadah yang kita lakukan kerana Allah SWT bukanlah untuk kepentingan diri sendiri. Segalanya kita serahkan kepada Dia. Dia lebih Mengetahui apa yang terbaik yang Dia berikan kepada kita sebagai hambanya.

Kewajipan kita adalah melakukan ibadah dengan ikhlas atas keyakinan Allah SWT tidak akan pernah ingkar akan janji-janjiNya. Kita tidak akan berjaya menjadi hamba yang istiqamah sekiranya ibadah yang kita lakukan bertujuan untuk kepentingan diri sendiri. Kita hanya akan melakukan ibadah dengan tujuan mengharapkan balasan samada harta, kejayaan dan sebagainya.

Sekiranya kita tidak dijanjikan kurniaan kita akan mengubah haluan dan menghentikan ibadah. Ini jelas menunjukkan ibadah yang dilakukan untuk kepentingan diri sendiri dan ia perbuatan yang tercela. Kita seolah memaksa Allah SWT memberikan sesuatu sesuai dengan keinginan kita walhal tidak semua yang kita inginkan itu baik untuk kita. Bahkan ia mungkin boleh jadi sebaliknya. Fikiran kita sering merasakan bahawa faktor kebahagiaan adalah kerana banyaknya harta. Ternyata kebanyakan orang kaya tidak selalunya bahagia.


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published