SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

TANDA BERGANTUNG PADA AMAL

Awasi diri daripada bergantung kepada redha Allah SWT dan balasan yang dijanjikan kepadamu seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain tetapi bergantunglah kepada rahmat Allah SWT dan kemuliaannya. 

Bergantung kepada Allah merupakan sifat orang ‘arifin yang bertauhid, sebaliknya bergantung kepada yang lain merupakan sifat orang jahil yang lalai. 

Hadis Rasulullah SAW, maksudnya: 

“Seseorang itu tidak akan dimasukkan ke syurga dengan sebab amalannya,”

(Riwayat al-Bukhari 10/109, Muslim 2816, Ibn Majah 4201 dan Ahmad 2/235)

 

Juga daripada hadis Imam al-Bukhari, maksudnya:

“Seseorang tidak akan dimasukkan ke syurga dengan sebab amalannya. Sahabat bertanya: “Walaupun kamu ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah SAW: “Walaupun saya, melainkan dengan limpahan rahmat Allah SWT kepadaku.” 

 

Seorang hamba yang sebenar hamba, tidak akan menggantungkan harapannya kepada amal taat atau hilang pengharapannya kerana maksiat, tetapi pergantungannya tetap kepada kurnia ALLAH. Seseorang hamba akan tetap mendekat kepada Rabbnya dalam apa keadaan sekalipun.

 

 

Jom baiki diri


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published