SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

TAUBAT

Kekotoran pada pakaian yang segera dibasuh kadang-kadang tak memerlukan sabun bagi menghilangkannya, namun apabila dibiarkan lama akan sugar untuk menghapuskannya.

Demikianlah juga kekotoran dosa akan melekat dihati. Lebih lama dibiarkan maka lebih kuatlah ia melekat dan akan sukar untuk membersihkannya.

Janganlah dibiarkan sesuatu dosa dan kesalahan tanpa bertaubat kepada Allah. Segeralah memohon keampunanNya setelah lalai dalam mentaati perintahNya.

Seseorang itu diazab di akhirat kerana dosanya, bukan disebabkan faktor lain.Manakala seseorang itu akan masuk syurga disebabkan rahmat Allah bukanlah kerana pahala amalannya.

Rahmat Allah mengatasi kemurkaanNya. Janganlah berputus asa dari rahmat dan pengampunanNya, selagi kita berusaha memohon keampunan dan bertaubat dari kesalahan kita.

Ya Allah ampunilah segala dosa kami, dan maafkanlah kami di atas kecuaian kami. Amin. 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published