SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

TEGURAN ALLAH

Kita baru sahaja melalui fasa awal tahun 2020 dan telah disajikan dengan pelbagai dugaan. Setiap orang mempunyai pengalaman dan tafsiran yang berbeza dengan apa yang telah terjadi. Ada yang terkesan dengan ujian kali ini dan ada juga yang masih menjalani hidup seperti biasa. Namun begitu, sedarlah semua ini adalah suatu bentuk teguran dari Allah.

Teguran untuk kita manusia yang sudah lama terleka. Hanya dengan satu virus yang kini dikenali covid-19, manusia mengalami kejutan yang tak disangka-sangka. Dengan masa yang singkat, Allah menunjukkan kekuasaanNya. Kita sudah lama lalai dan leka dengan nikmat yang diberikanNya. Tiba masanya kita bangun dari lena dan mimpi ini.

Buat kita semua yang terlibat dengan dugaan ini, gunakan kesempatan ini untuk mengqada solat yang terhutang, membaca Al-Quran yang mungkin sudah lama tak disentuh, mengqada puasa yang lama tertangguh.

Mungkin selama ini kita tidak punya waktu kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia maka Allah beri kesempatan ini untuk kita perbaiki diri dan mendekatkan diri kepadaNya. Lihatlah rahmat Allah dalam musibah yang diturunkanNya.          

doa dilindungi dari penyakit

Sesungguhnya teguran ini membuatkan kita sedar bahawa tiada suatu pon yang kekal tanpa izinNya. Segala yang kita miliki hanyalah pinjaman semata-mata.  


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published