SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

TIDAK HARUS MELULU SYURGA ATAU NERAKA

Kebahagiaan dan kesedihan yang dialami di dunia tidak wajar diukur dengan alasan syurga dan neraka di akhirat. Adakalanya manusia terlalu meremehkan perkara yang mereka tidak nampak atau merasakan sama sekali. Sedarkah kita bahawa syurga dan neraka boleh sahaja terjadi dalam kehidupan kita di dunia.

Kebanyakan orang menangis kebahagiaan melihat orang lain dibantu dengan berlakon baik. Ia mampu digambarkan sebagai syurga walau sifatnya hanya sekadar syurga batin di dunia. Begitu juga kesedihan, kita selalu merasa sedih dan rasa bersalah kepada ibu bapa, saudara, orang-orang yang kita sayangi kerana telah menyakiti hati mereka. Ini juga neraka walau sifatnya hanya neraka batin di dunia.

Kita mampu mengalami kebahagiaan di dunia apabila kita melakukan kebaikan sebaliknya kesedihan akan dapat juga dialami sekiranya kita melakukan kesalahan sesama manusia. Inilah sebab mengapa kita harus tergerak hati untuk terus berbuat kebaikan.

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published