SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

TIPS BAGAIMANA MEMAHAMI ANAK DEGIL

Sebagai ibu bapa pastinya kita inginkan anak yang mendengar kata, bijak dan penyejuk hati. Namun, sering kali kesabaran kita diuji dengan rengekan anak. Maka apabila anak tidak mendengar kata, kita labelkan sebagai degil.

Sebenarnya tiada anak yang degil, cuma kita sebagai ibu bapa yang tidak memahami kehendak anak kecil ini. 

Anak kecil medium komunikasinya adalah dengan menangis. Jika anak tidak selesa, inginkan perhatian, lapar dan sebagainya mereka akan menangis untuk menarik perhatian kita. Orang dewasa mampu berkata-kata untuk berkomunikasi, tetapi untuk anak kecil hanya tangisan mereka yang mampu menarik perhatian ibu bapa.  

Maka sangatlah penting untuk ibu bapa memahami psikologi anak supaya tidak mudah tertekan dengan keletah mereka. Antara tips yang sangat berguna dalam memahami anak:

1. Berikan perhatian

2. Luang masa berkualiti dengan anak

3. Berikan tumpuan yang tak berbelah bagi

4. Perhatikan persekitaran anak

5. Mendengar 

6. Bertanya soalan yang betul 

7. Empati 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published