Masa yang tak mencukupi, sibuk dengan tugasan di tempat kerja dan sebagainya adalah antara alasan yang selalu kita beri untuk tidak membaca al Quran. Bilamana kita tidak membacanya bagaimana pula kita nak membina sikap sukakan al Quran?
Jom kami kongsikan tips supaya kita semua dapat sukakan membaca al Quran.
- SATU MUKA SURAT SATU HARI
Tak banyak pon kalau dibandingkan apa yang kita baca di media sosial bukan? Mulakan denna beberapa potongan ayat dahulu pon tak mengapa. Yang penting kita dah bermula.
- BUAT JADUAL
Supaya lebih konsisten, buat jadual. Saranan terbaik sebelum dan selepas solat. Solat lima kali sehari, bayangkan kalau kita dapat membaca sebelum dan selepas solat. MasyaAllah! Betapa mudahnya nak dekatkan diri dengan al Quran kan?
- BACA AL QURAN BESERTA TERJEMAHAN
Sambil membaca tu eloklah juga kita dapat faham apa yang dibaca. Untuk lebih mudah boleh gunakan al Quran digital yang mempunyai terjemahan per kata atau per ayat terutamanya di dalam bahasa Malaysia seperti Mushaf AlFatih atau Mushaf Wanita.
- MENDENGAR SAMBIL MEMBACA
Banyak aplikasi di dalam telefon bimbit yang bokeh kita download untuk mendengar bacaan al Quran. Boleh juga gunakan al Quran digital yang mempunyai 'earphone' sambil membaca kita dapat mendengar bacaan yang betul seperti Mushaf AlFatih Stau Mushaf Wanita.
Mudahkan? Cuma perlukan kemahuan yang tinggi untuk menjadi muslim yang lebih baik. InsyaAllah