Profil Syarikat
RD Smart Sdn Bhd adalah sebuah syarikat dengan misi tunggal: untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan umat Islam dalam menyempurnakan ibadah mereka kepada Allah SWT dan pembelajaran serta penghayatan terhadap kitab Allah iaitu Al-Quran.
Jenama Al-Qolam menjadi kebanggaan sebagai sebuah jenama yang kreatif dan inovatif hasil gabungan teknologi terkini ke dalam reka bentuk dan pembuatan produk yang dihasilkan. "Al-Quran Digital Pen" dan "Talking Doll" adalah antara produk kami yang telah dikenali dalam pasaran sebagai sebuah produk yang lengkap, berkesan dan sangat mesra pengguna bagi membantu pengguna meningkatkan pengetahuan berkenaan Islam dengan lebih baik. Hal ini secara tidak langsung dapat mendekatkan diri individu kepada Islam.
Setiap produk Al-Qolam yang dihasilkan adalah berpandukan nasihat dan sokongan yang kukuh oleh golongan profesional terkenal, para ulama Islam dan pusat pengajian Islam. Sistem kawalan kualiti kami juga turut disokong kuat oleh Qori dan Qoriah dari dalam dan luar negara serta diselia secara langsung oleh Institut Ilmu Al-Quran Jakarta (IIQ) pada setiap peringkat bagi memastikan setiap kandungan Al-Quran itu dipelihara dengan sempurna. Tambahan lagi, kesemua produk kami telah diperakui sah dan diluluskan oleh Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Malaysia.
Jenama Al-Qolam telah diberi pengiktirafan oleh Muzium Rekor-Dunia Indonesia (MURI) sebanyak dua kali diatas sikap dedikasi dan kecemerlangan yang telah dicapai pada tahun 2010 dan 2013. Di samping itu, Al-Qolam juga turut dianugerahkan Rekor Bisnis (Rebi) Indonesia dan Top Brand Award pada tahun 2014.
RD Smart Sdn Bhd memberi perhatian yang penuh terhadap setiap produk yang dihasilkan, terutamanya produk yang mengadungi ayat-ayat dari kitab suci Al-Quran agar umat Islam sejagat dapat menunaikan ibadah dengan sempurna tanpa sebarang keraguan. Kami sangat komited, bertanggungjawab dan akan terus menginovasi produk dari semasa ke semasa demi meningkatkan kualiti perkhidmatan serta memenuhi keperluan masyarakat muslim pada masa kini.
Visi - Untuk menjadi pembekal utama kepada masyarakat Muslim di seluruh dunia dan memenuhi segala keperluan dan tuntutan agama Islam kepada setiap penganutnya dalam beribadah kepada Allah SWT.
Al-Qolam is a company with a singular mission: to provide goods and services which meet the needs of Muslimins and Muslimats in their worship to Allah s.w.t. and their learning and appreciation of the holy Al-Quran. Al-Qolam prides itself as a creative and innovative brand by incorporating the latest technology into its design and manufacturing. Our products, such as the "Al-Quran Digital Pen" and the "Talking Doll", are well in known in the market as being complete, effective and very user-friendly in helping their users gain more Islamic knowledge.
Al-Qolam's products are designed and produced with strong advice and support from eminent professionals and scholars in Islam and Islamic studies. These include national and international Qori/Qoriah who support our Quality Control system at every stage of our production and direct supervision by the Institut Ilmu Al-Quran Jakarta (IIQ or the Institute of Quranic Knowledge). The legality of all our products is certified by the Ministry of Religious Affairs of Indonesia as well as Kementerian Dalam Negeri (KDN) and Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) of Malaysia.
Al-Qolam continues to innovate with the times in order to better service the needs of our community. We are fully committed with a strong sense of responsibility in our works with the Al-Quran and the production of products related to the Holy Book. In recognition of our dedication and excellence, Al-Qolam has been awarded by Museum Rekor-Dunia Indonesia (MURI) twice in 2010 & 2013 and Rekor Bisnis (ReBi) of Indonesia in 2014. Most recently, we were conferred the prestigious Top Brand 2014 award.
The Al-Qolam Vision - to be the premier provider in meeting all the religious needs of exemplary Muslim children and adults around the world.